Kenali Siapa Saya

1 – Saya Mohammed Asyrah bin Ramli, seorang Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Asyrah Ramli

2 – Saya berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Pembahagian Pusaka Kuantan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Pahang bermula 01 Mac 2021 hingga 15 Jun 2024.

3 – Saya juga pernah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Pahang bertindak sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah (kini nama perjawatan ini dikenali sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka) dalam menjalankan fungsi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

4 – Pengalaman selama 3 tahun 3 bulan 15 hari berkhidmat sebagai Pentabdir Tanah Negeri Pahang dalam mengenalikan perbicaraan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang Muslim dan Non Muslim dapat dijadikan panduan untuk memberikan informasi dan bimbangan kepada masyarakat. 

5 – Saya juga telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya bertarikh 23 September 2020. Pengalaman selama 9 bulan sebagai pelatih dalam kamar (chambering) di Nazri & Partners telah memberi pendedahan kepada saya mengenai undang-undang khususnya dalam bidang Pentadbiran Tanah.

6 – Saya merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.