Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya Konsultasi melalui WhatsApp · Isnin–Sabtu
WARiiSAN Mohammed Asyrah bin Ramli

Bantu selesaikan masalah pembahagian harta pusaka dengan telus dan tepat

Bekas Majistret & Pentadbir Tanah Negeri Pahang yang kini berkhidmat sebagai Peguambela & Peguamcara. Saya bantu anda memahami hak waris, mengira faraid dan menyelesaikan tuntutan harta pusaka tanpa keliru.

Konsultasi Segera

Percuma untuk pertanyaan awal — jawapan terus daripada saya.

  • Senarai waris yang berhak disahkan mengikut hukum faraid
  • Anggaran bahagian setiap waris sebelum perbicaraan
  • Senarai dokumen & borang yang perlu disediakan
  • Panduan proses di Pejabat Pembahagian Pusaka
Tanya Tentang Pusaka

Respons dalam waktu bekerja · 013–666 6549

Terokai
Mohammed Asyrah bin Ramli, Peguambela & Peguamcara
Lebih 8 Tahun Pengalaman undang–undang & harta pusaka

Tentang Saya

Saya bantu keluarga faham hak mereka sebelum melangkah ke mahkamah

Saya Mohammed Asyrah bin Ramli, seorang Peguambela & Peguamcara di Tetuan Asyrah Ramli dan bekas Majistret serta Pentadbir Tanah Negeri Pahang — jawatan yang kini dikenali sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka.

Pengalaman mengendalikan perbicaraan pembahagian harta pusaka kecil bagi warganegara Muslim dan bukan Muslim memberi saya pandangan dari kedua–dua belah meja: pihak yang memutuskan, dan pihak yang menuntut.

  • Bekas Majistret & Pentadbir TanahDilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Pahang di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
  • Penolong PengarahPejabat Pembahagian Pusaka Kuantan, JKPTG Persekutuan Negeri Pahang (2021–2024).
  • Graduan Undang–undangUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mohammed Asyrah bin Ramli
Peguambela & Peguamcara
Kenali Saya
0+ Tahun Pengalaman

Dalam bidang undang–undang, pentadbiran tanah dan harta pusaka.

2020 Diterima Masuk

Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, 23 September 2020.

JKPTG Mantan Penolong Pengarah

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan Negeri Pahang.

0 Perkongsian Kes

Kes sebenar yang dipermudah untuk panduan orang awam.

Bidang Khidmat

Apa Yang Saya Boleh Bantu

Daripada mengenal pasti waris sehingga perintah pembahagian dikeluarkan — setiap langkah dijelaskan dalam bahasa yang mudah difahami.

Harta Pusaka Kecil

Permohonan dan perbicaraan di Pejabat Pembahagian Pusaka di bawah Akta 98, termasuk tanah, rumah dan geran.

Tanya Lanjut

Pengiraan Faraid

Pengesahan waris dan pengiraan bahagian mengikut hukum faraid — termasuk kes waris ganti dan asabah.

Cuba Kalkulator

Harta Sepencarian

Nasihat berkaitan tuntutan harta sepencarian dan kesannya terhadap kiraan faraid keseluruhan.

Kes Berkaitan

Nasihat & Dokumentasi

Penyediaan dokumen sokongan, surat kuasa, borang dan perwakilan semasa perbicaraan.

Buat Temujanji

Kenapa Kami

Kepakaran yang anda boleh percayai

Pengalaman bertahun–tahun dalam bidang khusus, pemahaman mendalam tentang undang–undang, dan rekod pencapaian yang membuktikan keupayaan kami.

Sama ada anda berhadapan dengan litigasi yang kompleks atau memerlukan nasihat undang–undang yang kukuh, anda boleh mempercayai kami untuk membimbing anda melalui setiap langkah dengan ketepatan dan keyakinan.

Kepercayaan

Rekod perkhidmatan dan pengalaman sebenar di Pejabat Pembahagian Pusaka serta Mahkamah Tinggi Malaya.

Keutamaan

Kepentingan anda diletakkan di hadapan — setiap pelan tindakan disesuaikan dengan keperluan keluarga anda.

Keadilan

Pembahagian yang telus dan tepat mengikut kerangka undang–undang, tanpa berat sebelah kepada mana–mana waris.

Proses Kerja

Bagaimana kami bekerja?

Tiga langkah yang jelas, dari perbincangan pertama sehingga urusan anda selesai.

  1. Konsultasi Awal

    Kami mendengar keperluan anda dan memahami situasi anda melalui sesi konsultasi awal.

  2. Analisis & Perancangan

    Kami merangka pelan tindakan yang disesuaikan, mematuhi undang–undang untuk melindungi kepentingan anda.

  3. Pelaksanaan & Pemantauan

    Kami melaksanakan dan memantau semua aspek urusan anda, memastikan anda sentiasa maklum tentang perkembangannya.

Mula Langkah Pertama
Dokumen wasiat, hibah, waqf dan faraid di atas meja

Artikel

Perkongsian Kes Pembahagian Harta Pusaka

Kes sebenar (nama bukan nama sebenar) yang saya kendalikan, dipermudah supaya anda dapat melihat bagaimana faraid diaplikasikan.

“
Harta pusaka bukan sekadar angka dan pecahan. Ia adalah amanah terakhir seseorang kepada keluarganya — dan tugas saya memastikan amanah itu sampai kepada yang berhak.
Mohammed Asyrah bin Ramli · Peguambela & Peguamcara

Aktiviti

Ceramah & Perbincangan

Perbincangan bersama MUIP, Amanah Raya Berhad dan JKPTG Negeri Pahang, serta ceramah kepada orang awam mengenai pengurusan harta pusaka kecil.

Hubungi

Mari Bincang Kes Anda

Setiap keluarga punya susunan waris yang berbeza. Ceritakan situasi anda — saya akan bantu jelaskan kedudukan waris, dokumen yang diperlukan dan langkah seterusnya.

  • FirmaTetuan Asyrah Ramli
  • Kawasan KhidmatSeluruh Malaysia
  • Waktu KonsultasiIsnin – Sabtu, 9:00 pagi – 6:00 petang

Hantar Pertanyaan

Isi maklumat di bawah — ia akan dihantar terus ke WhatsApp saya supaya saya boleh balas dengan lebih pantas.

Maklumat anda tidak disimpan di laman ini — ia terus dibuka dalam WhatsApp anda.

Tanya Tentang Pusaka