Si mati bernama Ahmad (bukan nama sebenar) telah meninggal dunia pada 2 Januari 2020 ketika berumur 49 tahun.
Fakta Kes
- Ayah si mati, Abdullah, dan ibunya, Aminah, kedua–duanya masih hidup, sihat dan tidak nyanyuk.
- Si mati meninggalkan seorang isteri bernama Siti.
- Si mati meninggalkan 4 orang anak — 3 lelaki (Ali, Haiqal, Azri) dan 1 perempuan (Fatin). Kesemuanya telah dewasa.
Pembahagian Faraid
Berdasarkan fakta di atas, pembahagian faraid adalah seperti berikut:
| Waris | Hubungan | Bahagian |
|---|---|---|
| Abdullah | Ayah | 28/168 |
| Aminah | Ibu | 28/168 |
| Siti | Isteri | 21/168 |
| Ali | Anak lelaki | 26/168 |
| Haiqal | Anak lelaki | 26/168 |
| Azri | Anak lelaki | 26/168 |
| Fatin | Anak perempuan | 13/168 |
| Jumlah | 168/168 |
Contoh Pengiraan Wang KWSP
Sebagai contoh, katakan si mati meninggalkan wang KWSP berjumlah RM150,000.00. Maka jumlah yang diterima oleh setiap waris adalah:
| Waris | Hubungan | Jumlah |
|---|---|---|
| Abdullah | Ayah | RM25,000.00 |
| Aminah | Ibu | RM25,000.00 |
| Siti | Isteri | RM18,750.00 |
| Ali | Anak lelaki | RM23,214.30 |
| Haiqal | Anak lelaki | RM23,214.30 |
| Azri | Anak lelaki | RM23,214.30 |
| Fatin | Anak perempuan | RM11,607.10 |
| Jumlah | RM150,000.00 |
Perhatikan. Setiap anak lelaki menerima dua kali ganda bahagian anak perempuan — 26/168 berbanding 13/168. Ini adalah kaedah asas asabah bil ghair apabila anak lelaki dan anak perempuan mewarisi bersama.
Semoga bermanfaat.
Kes anda berbeza?
Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.