Kisah arwah Zainab (bukan nama sebenar) yang meninggal dunia pada 17 Disember 2021 ketika berumur 70 tahun.
Fakta Kes
- Kedua ibu bapa arwah telah meninggal dunia ketika arwah Zainab masih kecil lagi.
- Arwah berkahwin dua kali sepanjang hidupnya.
- Suami pertama — Zakaria, meninggal dunia pada tahun 2000 (cerai mati). Hasil perkahwinan ini, arwah mempunyai 2 orang anak lelaki: Zaki dan Zainal.
- Suami kedua — Abdullah, masih hidup. Perkahwinan ini tidak dikurniakan cahaya mata.
Pembahagian Faraid
Berdasarkan fakta kes di atas, si mati meninggalkan waris–waris dan pembahagian faraid seperti berikut:
| Waris | Hubungan | Bahagian |
|---|---|---|
| Abdullah | Suami | 2/8 |
| Zaki | Anak lelaki | 3/8 |
| Zainal | Anak lelaki | 3/8 |
| Jumlah | 8/8 |
Dapat sesuatu? Suami pertama yang telah meninggal dunia sebelum si mati tidak lagi menjadi waris. Namun anak–anak daripada perkahwinan pertama tetap mewarisi sepenuhnya. Suami kedua pula menerima 1/4 (iaitu 2/8) kerana si mati meninggalkan anak.
Semoga bermanfaat.
Kes anda berbeza?
Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.