Kes 2

Saya nak share sikit kisah arwah Zainab (bukan nama sebenar) yang meninggal dunia pada 17 Disember 2021 ketika berumur 70 tahun. 

 Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika arwah Zainab masih kecil lagi.

 Sepanjang hidup, arwah Zainab telah berkahwin 2 kali dengan :

Suami 1, bernama Zakaria yang telah meninggal dunia pada tahun 2000 dan bercerai mati. 

 Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu :

1 – Zaki
2 – Zainal 

 Kemudian, arwah Zainab berkahwin pulak dengan Abdullah. Abdullah masih lagi hidup dan mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. 

Jadi, berdasarkan fakta kes diatas, simati meninggalkan waris-waris dan pembahagian faraid seperti berikut : 

 1 – Abdullah (Suami) – 2/8 bhgn
2 – Zaki (Anak Lelaki) – 3/8 bhgn
3 – Zainal (Anak Lelaki) – 3/8 bhgn

Dapat sesuatu?  

Semoga bermanfaat 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *