Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya Konsultasi melalui WhatsApp · Isnin–Sabtu

Kes 4 — Cucu Lelaki — Adakah Berhak Menuntut?

“Ayah saya meninggal dahulu daripada datuk. Adakah saya masih berhak?” Kes yang paling kerap disalah faham.

Waris GantiCucuWasiat Wajibah

“Saya (Ali) merupakan cucu lelaki kepada si mati. Adakah saya berhak menuntut harta pusaka datuk saya?”

Fakta Kes

  • Ayah saya, Saifuddin, meninggal dunia pada 1 Januari 2015 akibat kemalangan jalan raya.
  • Arwah ayah meninggalkan tiga orang: ibu saya (Sarah), saya (Ali) dan adik perempuan saya (Nuha).
  • Datuk saya, Ahmad (si mati), meninggal dunia pada 31 Disember 2022.
  • Nenek saya, Aminah, telah meninggal dunia sekitar tahun 2010.
  • Datuk dan nenek mempunyai 2 orang anak sahaja: Saifuddin (meninggal 1 Januari 2015) dan Safa (masih hidup).
Soalan. “Saya dengar orang cakap saya tak berhak menuntut harta pusaka datuk sebab ayah saya meninggal dunia dahulu daripada datuk saya.” Betulkah?

Kenal Pasti Waris Dahulu

Bagi mengelakkan salah faham, kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu siapakah waris–waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.

Waris Qadim

  1. Saifuddin — anak lelaki (meninggal dunia 1 Januari 2015)
  2. Safa — anak perempuan

Waris Ganti

  1. Ali — cucu lelaki
  2. Nuha — cucu perempuan

Pembahagian Faraid

Jawapannya. Ya — Ali berhak menerima 2/6 bahagian daripada harta pusaka datuknya sebagai cucu lelaki melalui konsep waris ganti, walaupun ayahnya meninggal dunia lebih awal daripada datuk.

Semoga bermanfaat.

Kes anda berbeza? Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.
Tanya Tentang Pusaka