Kes 4

Saya (Ali) merupakan cucu lelaki kepada simati.  

Ayah saya bernama Saifuddin sudah meninggal dunia pada 1 Januari 2015 disebabkan kemalangan jalan raya.  

Arwah ayah saya telah meninggalkan kami bertiga iaitu ibu saya (Sarah), saya (Ali) dan adik perempuan (Nuha).  

Simati iaitu datuk saya bernama Ahmad meninggal dunia pada 31 Disember 2022. Nenek saya, Aminah sudah meninggal dunia lebih kurang 10 tahun yang lepas sekitar tahun 2010. 

 Jadi, datuk dan nenek saya mempunyai 2 orang anak sahaja. 1 lelaki dan 1 perempuan. 

1. Saifuddin – meninggal dunia pada 1 Januari 2015.

2. Safa – masih hidup. 

 ——

Soalan : 

Adakah saya sebagai cucu lelaki berhak menuntut harta pusaka datuk saya (Ahmad) ? 

 Sebab saya dengar orang cakap, saya tak berhak menuntut harta pusaka datuk saya sebab ayah saya meninggal dunia dulu daripada datuk saya. 

Bagi mengelak daripada berlaku salah faham diatas, kita perlu mengenal pasti dahulu siapakah waris-waris yang berhak diatas harta pusaka simati. 

Waris Qadim 
———

1. Saifuddin – anak lelaki (meninggal dunia 1 Januari 2015)

2. Safa – Anak perempuan

Waris Ganti
——

1. Ali – cucu lelaki

2. Nuha – cucu perempuan 

 Berdasarkan waris-waris diatas, pembahagian secara faraid seperti berikut : 

1. Saffa – 3/6 bhgn
2. Ali – 2/6 bhgn
3. Nuha – 1/6 bhgn

Jadi, Ali berhak 2/6 bahagian daripada harta pusaka Ahmad sebagai cucu lelaki. 

 Semoga bermanfaat😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *