Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya Konsultasi melalui WhatsApp · Isnin–Sabtu

Kes 5 — Dua Isteri, Sembilan Anak & Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian oleh isteri kedua mengubah keseluruhan kiraan faraid. Lihat perbandingan sebelum dan selepas.

Harta SepencarianMahkamah SyariahFaraid

Si mati bernama Nuh bin Daud, meninggal dunia pada 12 Disember 2020 ketika berumur 67 tahun disebabkan sesak nafas.

Fakta Kes

  • Ayah si mati, Daud, telah meninggal dunia pada tahun 2018. Ibu si mati, Hamimah, masih hidup.
  • Isteri pertama — Zainab binti Ibrahim (cerai hidup). Anak seramai 3 orang, semuanya lelaki: Zainal, Masri dan Zamri.
  • Isteri kedua — Jamilah binti Hamzah, masih hidup (cerai mati). Anak seramai 6 orang: 2 lelaki (Asri, Suffian) dan 4 perempuan (Nabilah, Huda, Nurul Hidayah, Aina).
  • Kesemua waris waras akal fikiran, tiada yang bankrap dan merupakan warganegara Malaysia.

Pembahagian Faraid Asal

Kesan Tuntutan Harta Sepencarian

Dalam kes ini, isteri kedua Jamilah binti Hamzah telah menuntut harta sepencarian. Mahkamah Syariah memerintahkan ½ bahagian diberikan kepada isteri, dan baki ½ bahagian perlu difaraidkan kepada waris–waris si mati.

Dengan ini, berdasarkan keterangan bersumpah dan persetujuan waris–waris, harta pusaka si mati diperintahkan seperti berikut:

Pengajaran. Tuntutan harta sepencarian diselesaikan sebelum faraid dikira. Bahagian isteri melonjak daripada 42/336 kepada 378/672 — bukan kerana faraid berubah, tetapi kerana separuh harta itu sememangnya miliknya sebelum ia menjadi harta pusaka.

Semoga bermanfaat.

Kes anda berbeza? Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.
Tanya Tentang Pusaka