Simati bernama Nuh bin Daud, meninggal dunia ketika umur 67 tahun pada 12 Disember 2020 disebabkan sesak nafas.
Ayah simati, Daud telah meninggal dunia pada tahun 2018. Ibu simati Hamimah masih hidup.
Sepanjang hidup, arwah Nuh telah berkahwin 2 kali:
A. Isteri 1 bernama Zainab binti Ibrahim, dan bercerai hidup.
Anak ada 3 orang. Semua lelaki dan anak kandung.
1. Zainal
2. Masri
3. Zamri
B. Isteri 2 bernama Jamilah binti Hamzah, masih hidup dan bercerai mati.
Anak ada 6 orang, 2 lelaki 4 perempuan. Semua anak kandung.
1. Nabilah
2. Asri
3. Huda
4. Nurul Hidayah
5. Suffian
6. Aina
Kesemua waris waras akal fikiran, tiada yang bankrap dan adalah warganegara Malaysia.
Jadi, pembahagian faraid adalah seperti berikut:
1. Hamimah (ibu) – 56/336 bhgn
2. Jamilah (isteri) – 42/336 bhgn
3. Zainal (Anak Lelaki) – 34/336 bhgn
4. Masri (Anak Lelaki) – 34/336 bhgn
5. Zamri (Anak Lelaki) – 34/336 bhgn
6. Asri (Anak Lelaki) – 34/336 bhgn
7. Suffian (Anak Lelaki) – 34/336 bhgn
8. Nabilah (Anak Perempuan) – 17/336 bhgn
9. Huda (Anak Perempuan) – 17/336 bhgn
10. Nurul Hidayah (Anak Perempuan) – 17/336 bhgn
11. Aina (Anak Perempuan) – 17/336 bhgn
Dalam kes ini, isteri kedua Jamilah binti Hamzah telah menuntut harta sepencarian dan Mahkamah Syariah telah memperintahkan ½ bhgn kepada isteri dan ½ bhgn perlu difaraidkan kepada waris-waris simati.
Dengan ini, berdasarkan keterangan bersumpah dan persetujuan waris waris, maka harta pusaka simati diperintahkan seperti berikut :
1. Hamimah (ibu) – 56/672 bhgn
2. Jamilah (isteri) – 378/672 bhgn
3. Zainal (Anak Lelaki) – 34/672 bhgn
4. Masri (Anak Lelaki) – 34/672 bhgn
5. Zamri (Anak Lelaki) – 34/672 bhgn
6. Asri (Anak Lelaki) – 34/672 bhgn
7. Suffian (Anak Lelaki) – 34/672 bhgn
8. Nabilah (Anak Perempuan) – 17/672 bhgn
9. Huda (Anak Perempuan) – 17/672 bhgn
10. Nurul Hidayah (Anak Perempuan) – 17/672 bhgn
11. Aina (Anak Perempuan) – 17/672 bhgn
Semoga bermanfaat 😉