Kes 7

Simati, Farid telah meninggal dunia pada 11 Disember 2022 disebabkan kemalangan jalan raya. 

Simati meninggal dunia ketika berumur 38 tahun dan tidak pernah berkahwin (bujang). 

Ayah simati, Daud telah meninggal dunia sekitar tahun 90an. 

Ibu simati, Lina meninggal dunia sekitar tahun 2010 dan sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya telah berkahwin dengan Zulkepli. 

Mereka mempunyai 2 orang anak, 1 lelaki 1 perempuan. 

1. Zaki
2. Amirah 

Dan, Zulkepli telah meninggal dunia pada tahun 2007. 

Adik beradik seibu sebapa simati termasuk simati ada 3 orang. 2 lelaki 1 perempuan. 

1. Ali
2. Intan
3. Simati (Farid)

Adik beradik seibu ada 2 orang. 1 lelaki 1 perempuan. 

1. Zaki
2. Amirah 

Setelah siasatan waris-waris simati diteliti, maka pembahagian faraid seperti berikut :

1. Ali (saudara lelaki kandung) – 8/18 bhgn

2. Intan (saudara perempuan kandung) – 4/18 bhgn

3. Zaki (saudara lelaki seibu) – 3/18 bhgn

4. Amirah (saudara perempuan seibu) – 3/18 bhgn

Semoga bermanfaat😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *