Si mati meninggal dunia pada 11 Disember 2022 akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 38 tahun, dan tidak pernah berkahwin (bujang).
Fakta Kes
- Ayah dan ibu si mati telah meninggal dunia sekitar tahun 90–an.
- Adik–beradik seibu sebapa si mati (termasuk si mati) seramai 3 orang — 2 lelaki 1 perempuan: Intan, si mati, dan Ali.
- Adik–beradik seibu — tiada.
Pembahagian Faraid
Setelah siasatan waris–waris si mati diteliti dan lengkap, pembahagian faraid adalah seperti berikut:
| Waris | Hubungan | Bahagian |
|---|---|---|
| Ali | Saudara lelaki kandung | 2/3 |
| Intan | Saudara perempuan kandung | 1/3 |
| Jumlah | 3/3 |
Nota. Kerana si mati bujang dan kedua ibu bapanya telah meninggal dunia, harta pusaka jatuh kepada adik–beradik kandung sebagai asabah, dengan saudara lelaki menerima dua kali ganda bahagian saudara perempuan.
Semoga bermanfaat.
Kes anda berbeza?
Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.