Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya Konsultasi melalui WhatsApp · Isnin–Sabtu

Kes 7 — Adik–Beradik Kandung Bersama Adik–Beradik Seibu

Dua kategori adik–beradik menuntut pada masa yang sama. Bagaimana bahagian mereka dibezakan?

SeibuKandungFaraid

Si mati, Farid, meninggal dunia pada 11 Disember 2022 akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 38 tahun dan tidak pernah berkahwin (bujang).

Fakta Kes

  • Ayah si mati, Daud, meninggal dunia sekitar tahun 90–an.
  • Ibu si mati, Lina, meninggal dunia sekitar tahun 2010. Sebelum itu, ibunya telah berkahwin dengan Zulkepli dan mempunyai 2 orang anak: Zaki (lelaki) dan Amirah (perempuan). Zulkepli meninggal dunia pada tahun 2007.
  • Adik–beradik seibu sebapa si mati (termasuk si mati) seramai 3 orang — 2 lelaki 1 perempuan: Ali, Intan dan si mati (Farid).
  • Adik–beradik seibu seramai 2 orang: Zaki (lelaki) dan Amirah (perempuan).

Pembahagian Faraid

Setelah siasatan waris–waris si mati diteliti, pembahagian faraid adalah seperti berikut:

Perbezaan penting. Adik–beradik seibu (Zaki dan Amirah) menerima bahagian yang sama banyak tanpa mengira jantina — 3/18 seorang. Sebaliknya adik–beradik kandung mewarisi sebagai asabah, di mana lelaki menerima dua kali ganda bahagian perempuan.

Semoga bermanfaat.

Kes anda berbeza? Susunan waris yang sedikit berbeza boleh mengubah keseluruhan pecahan. Hantar fakta kes anda melalui WhatsApp dan saya akan bantu semak.
Tanya Tentang Pusaka